: Khosiat Teh Serai
Mengatasi masalah perut
Teh serai mampu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, perut berangin, kejang usus dan cirit birit. Serai membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan.
Serai sebagai 'Pain Killer'
Jika anda mengalami sakit gigi, sakit otot dan sendi, minum teh limau berserai pasti dapat melegakan sakit anda itu. Ia bertindak sebagai penahan sakit semula jadi.
Detoksifikasi
Jika anda ingin tahu, serai mempunyai elemen yang bertindak sebagai detoksifikasi. Serai dapat membantu anda melancarkan pemubuangan air kecil sekaligus membersihkan organ pencernaan, hati, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang.
Melegakan senggugut
Untuk wanita yang mempunyai masalah senggugut. Cuba amalkan meminum teh serai setiap pagi ketika datang bulan, bukan sahaja senguggut, malah rasa mual juga akan tutut hilang.
Agen pencegah kanser
Setiap 100 gram serai mengandungi anti oksidan pencegah kanser. Elemen semulajadi yang terdapat dalam serai dipercayai boleh mematikan sel kanser aktif tanpa merosakkan sel sihat.
Menurunkan tekanan darah
Serai juga banyak dimanfaatkan untuk mengurangkan tekanan darah serta merangsang peredaran darah. Dengan mengambil minuman yang mengandung serai setiap hari, ia sangat membantu dalam menurunkan hipertensi.
Mencantikkan kulit
Penggunaan daun serai juga sudah tidak asing dalam bidang kosmetik. Efek dari penggunaan kosmetik yang mengandung daun serai adalah dapat menghilangkan jerawat dan berfungsi juga sebagai penyegar wajah.
Mengubati infeksi kulit
Serai memiliki kandungan zat anti-mikroba dan anti-bakteria. Kandungan tersebut berguna khususnya dalam mengubati infeksi(jangkitan) pada perut, usus, saluran najis dan luka. Serai juga banyak dipercayai dapat menyembuhkan berbagai macam penyakit seperti infeksi kulit, tipus, keracunan makanan, dapat juga menghilangkan bau badan.
Sebagai diuretik
Serai juga diketahui berkhasit sebagai diuretik, meredakan kejang-kejang otot dan anti-rematik. Salah satu cara memanfaatkan serai adalah dengan cara merebusnya untuk mengatasi gejala batuk. Sebanyak 5 gram akar serai dicuci, direbus dengan 1 gelas air selama 15 minit. Lalu air rebusan serai tersebut diminum. Bolehlah diamalkan dua kali sehari.
: Senarai kegunaan perubatan serai, diantaranya :
v Serai telah berabad-abad lamanya digunakan sebagai perangsang sistem imun yang berkesan dan sebagai pencegah gangguan dan penyakit-penyakit serius.
v Herba semulajadi ini dapat membantu mencegah pelbagai masalah bersangkutan pencernaan termasuk gastroenteritis, senak, hilang selera makan, angin, kembung perut dan sebagainya.
v Produk serai boleh digunakan untuk merangsang peredaran darah dan merendahkan tekanan darah.
v Salah satu daripada manafaat serai untuk kesihatan yang paling penting ialah merendahkan paras kolesterol LDL dalam darah.
v Penyelidikan menunjukkan bahawa serai mempunyai kuasa anti-kanser yang besar dan boleh melindungi terhadap beberapa jenis kanser termasuk kanser kolon.
v Manafaat serai termasuk ciri-ciri antibakteria dan antikulat.
v Ini adalah salah satu remedi herba yang boleh digunakan untuk mengurangkan demam. Di samping itu, penyembuhan yang menggandungi serai berkesan dalam merawat batuk, selsema, bronkitis dan penyakit-penyakit lain.
v Penggunaan infusi serai dan minyak serai dapat mengurangkan keterukan sakit artritis dan reumatisme.
v Manfaat kesihatan diuretik serai dapat membantu memperbaiki fungsi buah pinggang dan pundi kencing, serta merangsang detoksifikasi dan mempercepatkan penyingkiran toksin daripada badan.
v Herba serai boleh digunakan untuk melega gejala tekanan seperti ketakutan, kebimbangan, kegelisahan, dan sebagainya.
v Faedah Kesihatan serai termasuk melegakan insomnia dan gangguan tidur.
v Herba serai disyorkan kepada wanita yang mengalami PMS yang teruk atau gangguan pusingan haid.
v Serai dapat digunakan bagi menyelaras (toning) otot dan tisu.
v Manafaat serai termasuk kesan positif rawatan keatas kulit: mencegah radang kulit, membantu menghilangkan radang bintik, jerawat, meredakan kesakitan ekzema, dermatitis dan sebagainya.
Wsp@sms 01126167078
0 ulasan:
Catat Ulasan