Subscribe:

Pages

Selasa, 14 Jun 2016

Arabic Gum Kaya Prebiotik Semulajadi.

Tahukah Anda...

Gum Arabic dikatakan mengandungi prebiotik sehingga 85%, yang paling tinggi di antara makanan-makanan yang telah diuji.

PREBIOTIK vs PROBIOTIK

Prebiotik adalah elemen yang terdapat pada makanan yang memiliki fungsi dalam stimulasi perkembangan dan aktiviti bakteria Bifidus dan bakteria  Lactobacillus di saluran pencernaan yang akhirnya akan memberikan efek yang menguntungkan pada kesihatan manusia. Bifidus dan Lactobacillus merupakan antara jenis bakteria baik yang banyak terdapat dalam saluran pencernaan manusia, terutama di usus besar.  Bakteria baik ini (sering juga disebut sebagai mikroflora) dipanggil Probiotik.

Prebiotik adalah bahan makanan yang merangsang pertumbuhan dan aktiviti Probiotik. Perhubungan prebiotik dengan probiotik ini adalah umpama hubungan makanan dengan badan kita. Tanpa makanan, badan kita akan menjadi lemah dan akhirnya kita akan mati. Kedua-dua prebiotik dan probiotik ini banyak terdapat dalam makanan yang kita makan hari-hari. Misalnya prebiotik terdapat dalam bawang putih, bawang merah, asparagus dan pisang dalam kuantiti yang berbeza, manakala probiotik pula terdapat dalam yogurt dan tempe. Sumber prebiotik yang paling awal sekali dan paling bagus diterima oleh badan manusia adalah dari susu ibu. Sebab itulah pentingnya bayi mendapat susu ibu sejak dari lahir sehingga usia mereka mencecah 6 bulan hingga ke setahun. Sebagus manapun susu lain yang terdapat dalam dunia ini, tidak ada yang dapat menggantikan susu ibu untuk bayi.

Sumber prebiotik yang paling kaya sekali pada masa ini ialah Gum Arabic (Acacia Gum). Menurut kajian saintifik setakat ini, Gum Arabic dikatakan mengandungi prebiotik sehingga 85%, yang paling tinggi di antara makanan-makanan yang telah diuji. Akar Chikori (Chicory Root) yang diperkenalkan oleh barat sebagai sumber prebiotik yang paling penting, hanya mengandungi 65% prebiotik jenis Inulin. Manakala bawang putih mengandungi 17% prebiotik, bawang merah 9%, tepung gandum 5% dan pisang pula hanya mengandungi 1% prebiotik. Bukan setakat itu saja, para saintis telah mengkaji tentang kandungan prebiotik dalam Gum Arabic dan merumuskan bahawa ianya adalah dari jenis prebiotik yang terbaik dan efeknya adalah setaraf dengan prebiotik yang ada dalam susu ibu.

Ikutilah tentang Fakta dan Kebaikan Gum Arabic.

Gabungan mantap antara prebiotik dengan probiotik dalam saluran pencernaan akan menghalang banyak penyakit dalam badan kita. Dengan bekalan prebiotik yang mencukupi, probiotik akan bercambah dan aktivitinya akan meningkat bagi mewujudkan suasana yang tidak sesuai (asidik) untuk bakteria berbahaya seperti pathogen. Pengambilan antibiotik akan membunuh bakteria berbahaya ini tetapi pada masa yang sama juga antibiotik akan membunuh probiotik. Oleh itu, pengambilan prebiotik yang berterusan dan mencukupi adalah perlu bagi menghalang badan kita daripada serangan bakteria berbahaya supaya kita tidak perlu lagi mengambil antibiotik.

Berminat untuk dapatkan arabic gum@al manna
Wsp 01126167078.

Harga terkini..
1 pek Rm30sem/ss Rm35
3 pek rm70 sem/ss rm80
5 pek Rm110 sem/rm120
Free poslaju.

1 kotak Rm200sem/ss rm220.
Belian lbh 2 kotak harga menarik kami tawarkn..

Egen@dropship diperlukan..

0 ulasan:

Catat Ulasan