Subscribe:

Pages

Sabtu, 6 Februari 2016

Hempedu Bumi Dimaz.

KAPSUL HERBANIKA HEMPEDU BUMI PLUS

HARGA : RM85 SM/ RM90 SS

Pokok Hempedu bumi banyak dijumpai di China, India, Thailand dan gugusan kepulauan Melayu serta senang di jumpai di tanah gambut. Hempedu Bumi merupakan satu tumbuhan herba yang tumbuh menegak. Herba semusim jenis renek ini boleh tumbuh dengan ketinggian sehingga 70-90 cm.  Daunnya berwarna hijau tua di permukaan atas dan hijau muda di bawah permukaannya, licin dan tersusun secara bersilang. Daun Hempedu Bumi juga mempunyai bentuk bujur, runcing di hujung dan nipis di pangkal. Batangnya pula berwarna hijau, berbentuk empat segi dan berbuku seta mempunyai banyak dahan. Setiap buku mempunyai dua helai daun.  Bunganya pula kecil dan berwarna ungu. Buah atau lengainya bersaiz purata 25 mm panjang dan 3 mm lebar. Pada peringkat awal, lenggai berwarna hijau muda dan apabila matang menjadi coklat muda. Lengainya pecah apabila matang dan menyebarkan benih di sekitarnya.

Kegunaan & Khasiat
Hempedu Bumi mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Penduduk Asia menggunakan herba ini untuk merawat masalah berkaitan penghadaman, pernafasan, demam, batuk dan penyakit berjangkit. Di kalangan masyarakat Melayu, air rebusan tumbuhan ini digunakan untuk merawat demam, darah tinggi, cirit birit, luka, ulser, gigitan serangga dan menghapuskan cacing dalam sistem pencernaan.

Daun Hempedu Bumi ini boleh dijadikan ubat untuk menurunkan darah tinggi disamping merawat penyakit kencing manis. Cara menjadikannya ubat ialah dengan hanya merebus daun tersebut dan airnya diambil untuk diminum. Air rebusan daun ini yang pahit telah merangsangnya supaya memecahkan molekul lemak yang ada di sekeliling salur darah yang tersumbat dan menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat. Memang suatu yang tidak boleh dinafikan bahawa rasa pahit, kelat dan masam agak sukar dipisahkan dengan alam perubatan herba tempatan.

Daun Hempedu Bumi ini juga boleh merawat luka dengan cara menumbuk lumat daun tersebut dan meletakkannya pada luka terutamanya pada luka gigitan ular dan sengatan serangga.

Kandungan bahan kimia daun ini membolehkan ia memecahkan molekul-molekul lemak yang ada di sekeliling salur darah yang tersumbat yang menyebabkan tekanan darah tinggi meningkat.

Untuk memudahkan kita semua menikmati khasiat dan kebaikannya,DIMAZ telah memperkenalkan Kapsul  Herbanika Hempedu Bumi Plus yang diperbuat dari herba asli 100%. 

 

Khasiat :

Mengawal tekanan darah.

Mengurangkan gula dalam darah.

Merangsang kekuatan imunisasi badan.

Sebagai bahan antioksidan.

Melindungi hati daripada toksid.

Melancarkan perjalanan darah.

 

Kandungan:

Folium-Andrographis paniculata, Radix-Eurycoma longifolia, Rhizome – Zingiber officinale

Cara pengambilan:

Ambil 1 biji kapsul waktu pagi dan 1 biji pada waktu malam selepas makan

 

0 ulasan:

Catat Ulasan