Subscribe:

Pages

Ahad, 24 Januari 2016

Tindak balas rawatan


👒👒🎩👒🎩🎩👒👒👒🎩

Tindakbalas Pemulihan Rawatan Non-Suppressive / Tradisional / Komplimentari

KEMUNGKINAN TINDAK BALAS PEMULIHAN BERLAKU BAGI SESETENGAH PESAKIT SEMASA MENJALANI RAWATAN NON-SUPPRESSIVE SEPERTI HERBA, MAKANAN WHOLEFOODS, HOMOEOPATI DSB

Apa sahaja rawatan non-suppressive spt herba, terapi makanan, homoeopati, dan kaedah alternatif lain, akan memberi kesan tindakbalas pemulihan kpd tubuh pesakit. Ia adalah peningkatan simtom penyakit @ aggravation @ simtom asal penyakit bertambah melarat sedikit dalam tempoh masa tertentu dari beberapa hari hingga beberapa minggu. Tindak balas pemulihan hanya berlaku kpd sebahagian pesakit, tidak semua orang. Ia lebih kerap berlaku kpd setengah jenis penyakit sahaja iaitu penyakit kronik seperti eczema, psoriasis, resdung, alahan, kanser, keracunan makanan, darah tinggi, salur darah sempit/tersumbat, strok dsb. Yakni tindak balas pemulihan lebih cenderung berlaku kpd penyakit yg melibatkan himpunan bahan toksik, lemak sayuran terhidrogen (HVO) dan asid  dalam tubuh.

Ini menunjukkan proses penyahtoksikan tubuh dan perubahan sel / tisu / organ yang sakit / bermasalah kepada normal. Walau bagaimanapun ia perlu dikawal serta diminimumkan. Kerana tindakbalas yg kuat utk tempoh yg lama boleh bertukar menjadi kesan sampingan yg mudarat kpd tubuh. Jika demikian, rawatan herba tersebut (atau apa-apa kaedah rawatan alternatif lain) menjadi rawatan suppressive seperti rawatan bahan kimia dan dadah yg boleh menimbulkan masalah lain pula kpd tubuh.

Contoh tindak balas pemulihan dan cara mengatasinya adalah spt di bawah:

1) Badan terasa panas/ berat/ malas/ lenguh. Ini menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan. Oleh itu, badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin dan bahan buangan.

Atasi: Minum banyak air beralkali seperti air tapis, air bukit, air telaga yang bebas klorin. Makan lebih buah dan sayur seperti betik, delima, epal, kurma & kurma merah, sawi. Ambil makanan asli, wholefood yang bebas kandungan bahan kimia & proses kimia.

2) Badan berasa sakit: Secara umum ia disebabkan saluran darah yang tersekat.

Atasi: Minum Minyak Zaitun Extra Virgin 1 sudu besar 2x sehari. Ambil makanan kaya vitamin B kompleks seperti bijirin penuh, badam, delima, betik, kurma merah.

3) Sakit menyucuk dan menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf.

Atasi: Minum susu segar, susu tepung penuh krim. Makan mentega susu asli anchor, garam bukit warna perang, telur/ayam kampong, kurma, madu lebah asli, gula merah.

4) Cirit-birit @ kerap buang air besar: Membersihkan kotoran dari usus besar. Masalah hati dan limpa.

Atasi: Ambil madu lebah asli 1 sudu besar + air atau makan terus 1-3x sehari. Kurma merah 3 biji sehari.

5) Sembelit: Membersihkan toksin dari usus kecil.
Atasi: Ambil kapsul Pelawas 1 biji sehari untuk 1-3 hari. Madu Bidara 1 sudu besar sekali sehari. Banyak minum air, makanan berserat dan whole food seperti bijirin penuh, buah & sayur. Makan buah kurma merah 5-7 biji sehari.

6) Demam: Darah tak seimbang & pekat.
Atasi : Minum Teh Bidara Klasik, Biosidr Drop 1x sehari untuk 1-3 hari, makan buah dan sayur, minum air barli.

7) Gatal hidung: Masalah resdung.

Atasi: Sapu Multipurpose Organic Intimate Gel, Bedak Sejuk Bidara, Nutriskeen Essence pada seluruh muka. Elak makanan yang gatal seperti seafood, ayam daging, telur ayam biasa/komersial, ikan tongkol, keli, belacan.

8) Mengantuk: Masalah jantung dan hati.
Atasi: Dapatkan rehat dan tidur yang cukup untuk menguatkan saraf & jantung. Ambil makanan berkhasiat whole food yang kaya vitamin B kompleks, protein, mineral seperti bijirin penuh, beras rebus/perang, biji gandum, kekacang, buah betik, anggur, delima, kismis, badam, susu segar, ayam & telur kampong.

9) Hidung sebu: Paru-paru mengandungi toksin berlebihan. Proses menyeimbangkan alahan hidung (resdung).
Atasi: Sapu Gel Multipurpose, Nutriskeen Essence pada seluruh kawasan hidung, dahi, dada.

10) Selsema: Asid berlebihan dalam badan (badan rasa panas). Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong.
Atasi: Sapu Gel Multipurpose, Nutriskeen pada hidung, dahi, dada.

11) Mata menjadi merah & panas: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
Atasi: Minum Teh Bidara Klasik @ Biosidr Drop, air barli, minum lebih air.

12) Kerongkong kering: Pembuangan toksin sedang berlaku di seluruh badan. Badan perlu banyak air untuk buang toksin. Sakit kerongkong pula disebabkan masalah toksin badan yang lebih serius.
Atasi: Buat kumuran pada tekak menggunakan Gel Multipurpose 3x sehari.

13) Batuk, bersin, gatal kerongkong: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru akibat terdedah kepada udara tercemar, merokok.
Atasi: Buat kumuran pada tekak menggunakan Gel Multipurpose 3x sehari. Sapu Gel Multipurpose pada leher.

14). Sakit pinggang, sakit ketika buang air kecil, kencing tak lawas, air kencing warna merah, keluar biji pasir @ batu kecil bersama kencing: Proses melarut dan memecah batu karang dalam buah pinggang, pundi kencing, saluran kencing.

Atasi:
Minum air kosong beralkali lebih (3-4 liter sehari). Kalau ada gout sekali, arthritis (sakit sendi) dan asid uric tinggi, banyakkan makan buah dan sayur untuk mengalkalikan darah. Selalu makan lobak putih @ cuka epal 1 sudu besar sehari/selang sehari @ buah ceri 25 biji sehari @ jus ceri. Kurangkan daging, telur, ayam. Susu hanya minum 1 cawan sehari. Elak makanan sangat tinggi kandungan purin seperti ikan selayang/sardine samada ditin atau segar, organ dalaman haiwan (hati, otak, buah pinggang), ikan bilis.
Bagi batu karang bukan gout/asid uric (iaitu batu karang kalsium oxalate), kurangkan makanan yang mengandungi oxalate tinggi seperti sayur bayam, badam, cashew nuts, buah citrus (oren dsb), coklat, serbuk koko, minuman cola, teh herba rhubarb disamping hadkan mengambil daging, telur dan ayam. Banyak makan buah, sayur, lobak putih.


15) Sakit kepala & pening kepala: Menanadakan tekanan darah tinggi atau rendah. Rasa pening memusing/ hoyong dan lemah badan akibat kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

Atasi:
1. Darah tinggi: Minum Teh Durian Belanda sekali sehari untuk 1-3 hari atau minum cuka epal/kurma/limau nipis 1 sudu besar sehari.

2. Darah rendah, kurang darah merah, anemia: Ambil Nutrifud & Nutrishifax. Makan butter susu asli Anchor, daging kambing, ayam & telur kampong, susu segar @ susu tepung penuh krim Fernleaf, bijirin penuh (beras rebus/perang, tepung atta, biji gandum, oat, tepung suji), badam, kekacang.

3. Pengaliran darah tak lancar: Dapatkan rehat yang cukup dan pemakanan seimbang dan berkhasiat seperti whole food. Ambil Diakol Plus 1 biji 2x sehari, Nutrifud atau Nutrishifax.

CARA -CARA UNTUK MENGURANGKAN KESAN PROSES PEMULIHAN DAN TINDAK BALAS SEMASA MENGAMBIL PRODUK HERBA / HOMEOPATI / MAKANAN WHOLEFOODS:

1) Secara umum lebihkan minum air yang bertapis (air kosong) yg beralkali mengikut keperluan dan keupayaan serta penyakit individu. Contohnya bila badan rasa panas, berat, malas, dan letih akibat kangdungan asid yang tinggi dalam tubuh/ darah, air kencing pekat berwarna coklat (kekurangan air dlm badan) atau urin berkapur (proses melarutkan batu karang) dan berlakunya sembelit (proses detoksifikasi usus kecil).

2) Pemakanan yang seimbang dan asli juga dapat membantu mempercepatkan proses pemulihan dan mengurangkan tindak balas yang dialami ketika mengambil herba.

a) Sembelit: ambil makanan asli berserat seperti bijiran gandum, oat, buah-buahan,sayur-sayuran, beras perang/ beras rebus, pulut hitam, rumpai laut. Banyak minum air kosong beralkali spt air mineral, air bawah tanah.

b) Banyak angin dalam perut/ badan: Ambil makanan mudah hadam seperti bubur, nasi lembut. Elakkan makanan yang pedas sangat, makan sup ayam atau ikan/ sayur sawi, kari rempah yg terlalu pekat dan pedas, cili api.

c) Bagi yang berasa lemah, tak larat, pening memusing dan kekurangan zat dan darah (anemia), tekanan darah rendah: Ambil biji gandum, beras perang, badam, mentega/ butter susu asli 100% @ ANCHOR, gula merah, madu, daging kambing, ayam kampong, telur kampong, sayur sawi, susus segar atau susu tepung penuh krim. Makanan ini dapat mengembalikan keseimbangan dalm tubuh, metabolisme, homeostasis darah dengan membekalkan segala nutrient diperlukan. Ia juga meningkatkan ketahanan serta system imun tubuh bagi proses pemulihan dan melawan jangkitan kuman/ virus. Elakkan majerin @ hydrogenated vegetable oil, makanan yang banyak mengandungi bahan aditif kimia.

d) Bagi mereka yang mengalami darah tinggi, kandungan kolestrol/ lemak dalam darah yang tinggi, sakit jantung koronari (penyumbatan saluran darah), lumpuh: Ambil dan lebihkan sayuran dan buahan, bijiran asli seperti biji gandum, tepung atta, oat, barli, beras perang/ beras rebus, susu skim, ayam kampong, ikan, madu asli, dan gula merah. Elakkan mengambil majerin atau hydrogenated vegetable oil, makanan yang tinggi kandungan aditif kimia, makanan ringan, makanan yang itnggi kalori tanpa zat seperti makanan yang tinggi kandungan gula puith, minyak sayuran terhidrogen. Mentega/ butter susu asli (100%) boleh diambil sedikit untuk memberi tenaga. Minyak zaitun ‘extra virgin’ sangat bermanfaat sebagai gantian kepada minyak masak sayuran biasa (refined cooking oil) kerana minyak zaitun ‘extra virgin’ kaya dengan zat phytonutrien, antioksidan, vitamin yang mengoptimumkan metabolism dan fungsi organ-organ. Minyak ‘karoteno’ iaitu minyak sawit asli yang tidak mengalami proses ‘refinery’ juga bermanfaat.

e) Semasa seseorang sedang mengambil herba sebagai rawatan penyakit atau sebagai makanan kesihatan, pemakanan yang seimbang dan menepati keperluan tubuh adalah penting. Semasa rawatan dan proses pemulihan, tenaga yang cukup bersama zat-zat pemakanan yang boleh digunakan oleh tubuh amat diperlukan. Karbohidrat, protein, lemak, vitamin-vitamin, mineral, phytonutrien, serat, anti-oksidan semuanya penting untuk fungsi tubuh yang normal dan optimum. Zat-zat pemakanan ini hanya terdapat dalm makanan asli yang tidak menaglami proses ‘refinery’ dan ditanam/diternak secara yang paling baik dan tidak memudaratkan.

f). Jika proses pemulihan terlalu kuat serta badan rasa lemah, kurangkan dos pengambilan kepada suku @  setengah dos @ kurang lagi daripada dos yg disyorkan. Kurangkan kekerapan pengambilan kepada selang sehari atau dua hari sahaja atau seminggu 1-2x sahaja. Ambil makanan seimbang & berkhasiat. Beransur-ansur tambah dos & kekerapan pengambilan bila badan bertambah kuat & proses pemulihan semakin berkurangan.

0 ulasan:

Catat Ulasan