Subscribe:

Pages

Sabtu, 30 April 2016

10 khasiat Barli.

10 Khasiat Air Barli

1. Merawat UTI
UTI merujuk kepada urinary tract infections, ataupun jangkitan saluran kencing. Dengan pengamalan air barli, anda boleh merawat, ataupun mencegah masalah kesihatan ini.

Beras barli adalah diuretik, ia meningkatkan kadar penghasilan air kencing untuk membantu memperbanyakkan kadar pengeluaran toksik dan bakteria yang menyebabkan jangkitan dari badan.

Pada masa yang sama, air barli juga boleh membantu mencuci buah pinggang dan bertindak sebagai satu bahan anti-keradangan untuk sistem urinari. Oleh sebab itu, air barli ini sesuai untuk merawat penyakit seperti cystitis, batu karang dan tahap kreatinin yang tinggi. Ia juga berperanan untuk mengurangkan bau air kencing.

Beras barli kaya dengan magnesium, yang mana boleh mencegah penghasilan batu karang – selain daripada membantu anda menyahtoksinkan badan.
Untuk merawat UTI, anda perlu minum beberapa cawan air barli setiap hari sehingga masalah tersebut berkurangan, dan kemudiannya sembuh.

2. Membantu Mengurangkan Berat Badan

Air barli adalah satu sumber minuman kesihatan yang sangat baik bagi orang yang ingin mengurangkan berat badan. Ianya tinggi dalam serat, terutama beta-glucan. Ia boleh memberikan anda rasa kenyang dalam jangka masa yang lama, mengelakkan anda daripada makan berlebihan (dan tidak perlu).

Tambahan lagi, air barli ini sangat baik untuk sistem penghadaman badan dan meningkatkan metabolisma lemak. Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan, minum 3 cawan air barli setiap hari.

3. Merendahkan Tahap Kolestrol
Air barli ini dikatakan sebagai satu minuman yang baik untuk mengurangkan kadar kolestrol dalam darah, lantas mengurangkan risiko masalah sakit jangtung. Serat yang terdapat di dalam beras barli juga tinggi dalam beta-glucan yang mana boleh mengelakkan penyerapan kolestrol dari makanan ke perut dan usus.

Beta-glucan yang terdapati di dalam beras barli dipercayai boleh mengurangkan kadr kolestrol, lipoprotein berketumpatan rendah (LDL atau ‘kolestrol buruk’) dan trigliserida.

4. Jantung Yang Lebih Sihat
Selain berperanan merendahkan kadar kolestrol di dalam badan, air barli turut mencegah anda daripada mendapat atherosclerosis, iaitu satu condisi di mana dinding saluran arteri (saluran darah) disekat dengan gumpalan lemak – condisi ini boleh membawa kepada pelbagai penyakit kardiovaskular dan boleh membawa maut.

Air barli mempunyai banyak vitamin B (niacin) yang dipercayai boleh melambatkan proses berlakunya atherosclerosis. Hal ini kerana sifatnya yang anti-keradangan dan lipid-altering effects. Tambahan lagi, air barli boleh mengurangkan kadar tekanan darah, salah satu lagi faktor kepada masalah jantung dan stok.

5. Membantu Sistem Penghadaman
Air barli boleh membantu dan memudahkan perut/usus kita mencerna makanan. Hal ini kerana air barli datang dalam keadaan beralkali dan dipenuhi dengan serat. Oleh itu ia boleh mencepatkan proses penghadaman nutrisi makanan, pada masa yang sama mengekalkan kesihatan usus.

Anda juga boleh mengamalkan air barli semasa anda mengalami cirit-birit untuk menstabilkan kembali bendalir dan elektolit anda.

6. Mengawal Kencing Manis (Diabetes)

Air barli adalah minuman yang sesuai diamalkan oleh orang yang menghidap kencing manis. Ini kerana ia boleh menstabilkan kadar gula dalam darah. Beta-glucan yang terdapat di dalam beras barli dapat membantu mengurangkan kadar penyerapan glukosa selepas makan dan mengurangkan peningkatan glukosa dan insulin dalam badan.

Terdapat banyak kajian telah menjumpai bahwa beta-glucan boleh memperelok pengawalan kadar gluosa darah dan insulin. Ianya juga boleh mengurangkan risiko untuk obesiti (berat badan berlebihan) – penyumbang utama kepada kencing manis tahap 2.

Tambahan lagi, beras barli dianggap sebagai salah satu makanan yang mengandungi kadar glycemic yang rendah. Ini secara tidak langsung membantu anda mengawal kadar glukosa di dalam darah. Manakala, phytochemicals yang terdapat di dalam beras barli pula bermanfaat untuk mengawal diabetes, penyakit jantung dan kanser.

7. Kulit Yang Lebih Sihat dan Cerah
Air barli boleh membantu anda mengeluarkan toksik dari badan – ini boleh memberikan anda kulit yang lebih sihat dan cerah. Lagipun, beras barli mengandungi satu bahan yang dikenali sebagai asid azelaic yang digunakan untuk merawat jerawat.

Pada masa yang sama, ia juga boleh mengurangkan keradangan pada kulit, mengelakkan daripada liang pora kulit tersumbat.

Tambahan lagi, antioksida yang terdapat di dalam air barli boleh melawan radikal bebas. Ini boleh melambatkan proses penuaan dan mengekalkan awet mudah untuk jangka masa yang lebih lama.

Selain daripada minum air barli, anda juga boleh menyapunya pada permukaan muka, biarkan selama 10 minit dan kemudian bilas dengan air yang bersih. Anda boleh mengamalkan kaedah ini untuk beberapa kali seminggu.

8. Menyejukkan Tubuh
Air barli adalah satu air yang terbaik untuk anda menghilangkan rasa haus dan menyejukkan badan, terutama pada cuaca yang panas terik. Selain hidratkan badan anda, ia juga boleh mengurangkan haba di dalam badan.

Daripada anda minum air berkarbonat, apa kata mulai hari ini anda bertukar kepada air barli – ia lebih menyihatkan dan dapat meningkatkan kadar saluran darah.

Anda boleh menjadikan air barli anda lebih menyegarkan dengan menambah perahan limau/lemon dan sedikit gula. Anda boleh hidangkannya dalam keadaan suam ataupun sejuk. Kesan sejuk pada badan selepas anda nikmatinya bukanlah pada suhu air tersebut, tetapi pada ciri-cirinya yang boleh menyejukkan badan.

9. Membekalkan Nutrisi Penting Kepada Ibu Mengandung

Dengan kebaikannya yang banyak, air barli ini boleh dikatakan sangat sesuai untuk diamalkan oleh ibu yang mengandung. Tambahan lagi, ia mencepatkan proses penghadaman, mencegah sembelit, mengawal kadar gula dalam darah untuk mengelakkan sebarang masalah semasa mengandung.

Air barli boleh mengeluarkan toksik dan air yang berlebihan dari badan. Ini boleh mencegah daripada edema.

Para ibu yang menyusu anak juga boleh mengambil manfaat air barli ini untuk meningkatkan kadar penghasilan susu badan mereka. Anda boleh campurkan air barli yang panas dengan 1 sudu teh jintan manis, biarkannya selama 5-10 minit dan kemudian minumnya.

10. Meningkatkan Sistem Pertahanan Badan

Air barli dipenuhi dengan pelbagai nutrisi seperti vitamin B, zat besi, kalsium, magnesium, zink dan selenium – semua ini memainkan peranan di dalam sistem pertahan badan kita. Tambahan lagi, beta-glucan yang sedia ada di dalam beras barli mempunyai kebolehan untuk mengaktifkan sistem imunisasi badan.

Sistem pertahan badan adalah perkara yang penting, untuk melindungi tubuh badan daripada jangkitan dan serangan kuman seperti demam, selesema dan lain-lain. Selain itu, air barli turut mengandungi zat besi, ini mencegah daripada anemia dan keletihan (fatigue).

Dapatkn instant barli powder  ori dari Sudan...bebas bhn kimia..

1 pek rm30sem/ss rm35...200grm
2 pek  rm50sem/ss rm55.

Free pos.
Wsp 01126167078.

Tiroid

Khamis, 28 April 2016

SABUN BIDARA VCO

SABUN HERBA BIDARA

Keluaran Bioshifax Marketing, untuk merawat masalah kulit gatal, alergi, ekzema, campak, bintik-bintik ruam dll. Halal dan suci boleh digunakan untuk mandian hadas@ jenazah serta membantu merawat gangguan sihir. Produk handmade buatan Muslim tanpa bahan kimia merbahaya dan selamat digunakan dari bayi hingga dewasa.

✅Bahan Semulajadi

✅100% Minyak Sayuran

✅Gliserin Semulajadi

✅Selamat digunakan (Tanpa bahan kimia merbahaya)

✅Sesuai untuk semua jenis kulit (Kulit bermasalah seperti ekzema, ruam dan gatal-gatal kulit)

HARGA : RM 26 SM/ RM 30 SS (seketul/120g)
Harga termasuk kos pos

Kandungan :
Bhn aktif  40% vco asli
Garam bukit himalaya
Serbuk bidara
Madu
Serbuk sirih
Serbuk halba
Lemon / orange (essential oil ) dsb

Khasiat Minyak Kelapa Dara

Kaya dengan Asid Laurik dan Vitamin E. Sesuai untuk penjagaan kulit kerana ia bertindak untuk melindungi kulit dari kesan radikal bebas atau anti-oksida. Mempunyai sifat semulajadi yang anti-bakteria, anti-virus, anti-fungus dan anti-protozoa. 

Minyak kelapa dara bertindak sebagai pelembab yang berkesan pada semua jenis kulit termasuk kulit kering. Manfaat minyak kelapa pada kulit adalah setanding dengan krim pelembab. Malah ia jauh lebih baik daripada krim pelembab kerana ia diserap kedalam kulit, tidak ada kesan samping pada kulit dengan penggunaan Minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara membantu mengelakkan kulit menjadi kering dan mengelupas. Hal ini juga melambatkan proses penuaan dan berkurangnya keanjalan kulit yang biasanya menjadi kendur seiring dengan usia. Minyak kelapa juga membantu dalam merawat pelbagai masalah kulit termasuk psoriasis, dermatitis, eksim dan lain-lain jangkitan kulit.

Khasiat Garam Bukit Himalaya

Garam Bukit dapat membantu meningkatkan aura dan potensi diri. Bagaimana? Garam bukit ini antara rahsia alam yang mempunyai tenaga atau energi. Sama seperti air. Dua bahan ini mempunyai kekuatan memerangkap gelombang dalam cara berbeza. Sebab itu dalam perubatan Islam, air dan garam banyak digunakan. Tapi bukan garam laut, garam bukit. Ini kerana garam bukit tidak disukai jin dan syaitan.

Garam bukit juga sesuai untuk kanak-kanak dan bayi. Terutama bagi mengelakkan gangguan halus yang mudah mendekati bayi.

Mandi garam bukit bertujuan membuang segala tenaga jahat atau aura negatif dalam badan. Bila aura negatif telah dibuang dengan mandi garam bukit, aura positif akan muncul dalam diri. Bila diselarikan dengan baik perwatakan dan menjaga solat 5 waktu,  wajah akan bertukar jadi berseri.

Jika banyak aura negatif, sudah tentu muka pun tidak berseri. Ditambah pula dengan muka masam mencuka sepanjang hari. Muka cantik tetapi dalaman banyak negatif , hilang segala seri.

✅Meningkatkan aura dan potensi diri
✅Membantu merawat masalah jerawat
✅Dikatakan mampu menghilangkan parut
✅Membuang toksin dalam badan
✅Menanggalkan sel kulit mati
✅Merawat pelbagai masalah kulit khususnya kegatalan
✅Melembut dan mengekalkan kecantikan kulit secara semulajadi
✅Mencerahkan kulit dan mengembalikan keremajaan kulitIa sesuai utk semua lapisan umur dan tidak mempunyai kesan sampingan

Khasiat Daun Bidara

🌱Mampu meremajakan sel-sel kulit baru
🌱Mempercepat penyembuhan luka
🌱Merawat masalah kulit kering
🌱Awet muda
🌱Mengandungi anti-bakteria, sehingga sangat efektif untuk mengubati penyakit akibat bakteria ataupun virus
🌱Anti-oksida yang sangat tinggi
🌱Kandungan antiseptik, sangat berguna untuk mengubati luka, baik luka baru ataupun luka yang sudah lama
🌱Sangat efektif untuk mengatasi keradangan pada kulit

Khasiat Madu
🍯 Melembutkan dan melembapkan kulit wajah normal 
🍯 Menghaluskan kulit
🍯 Boleh dibuat pembersih sel-sel kulit mati dan kotoran
🍯 Merawat masalah jerawat & parut jerawat
🍯 Kandungan anti-oksida & anti-bakteria yang dapat melindungi kulit, menyembuhkan luka, infeksi kulit, & menyembuhkan bintik merah
🍯 Mencegah penuaan pada kulit
🍯 Memelihara kecantikan kulit
🍯Mengatasi jerawat

Khasiat Sirih
🍂 Membantu menghaluskan kulit wajah yang kasar
🍂 Membantu mencegah dan menghilangkan jerawat
🍂 Membantu mengatasi kulit bermi
nyak
🍂 Mencerahkan kulit wajah yang kusam
🍂 Mengurangkan gatal-gatal kulit

Khasiat Halba
🌿Membantu mengurangkan keradangan ataupun bengkak pada kulit.

Keradangan (inflamation) pada kulit mampu dikurangkan ataupun dilegakan dengan menumbuk lumat halba dan diletakkan pada bahagian yang sakit. Selain itu, masalah bengkak kalenjar pun boleh dirawat.

Penjagaan sabun
Sentiasa biarkan sabun berada dalam keadaan kering di antara tempoh penggunaan. Elak dedahkan sabun pada air yang mengalir untuk mengelakkan pembaziran.

Boleh digunakan utk semua peringkat umur dari bayi hingga org dewasa

Rabu, 27 April 2016

Testimoni Kapsul aprikot/kenser PDR

Kapsul aprikot
1 btl rm57 sem/ss rm60
2 btl rm107 sem/ss rm110

Agen/dropship diperlukan keuntungan sehingga 40%...
Masha Allah...byk tu.

Wsp sekarang 01126167078

Isnin, 25 April 2016

25 kebaikan Vitamin C.

25 kebaikan vitamin C.
Pilih yg ori...itu yg terbaik.

Vitamin C
Imunisasi / Daya Tahan Badan
Dos yang betul bagi Vitamin C melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan badan kita juga terpelihara dari bakteria, virus dan jangkitan.

Bukan sahaja untuk daya tahan badan kepada penyakit, ia diperlukan untuk bina kolagen, struktur protein penting dalam tisu penyambung. Vitamin C yang di makan boleh bantu cepat baik luka, ia juga boleh lindungi kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas dan gelombang ultra ungu.

2. Demam Biasa
Vitamin C mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai anti-histamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan, selsema dan kesakitan. Vitamin C juga mengawal alergi yang menyebabkan demam. Ia mengurangkan paras histamin dan biasanya mempercepatkan baik demam.

3. Anti-oksida
Vitamin C adalah anti-oksida yang sangat hebat dan berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas yg memberi kesan tekanan oksidatif atau "sel karat". Ia boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik seperti atherosclerosis yang boleh menyebabkan sakit jantung dan strok.

4. Tekanan Darah Tinggi
Vitamin C boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan kebarangkalian terkena penyakit tekanan darah tinggi dan juga masalah kesihatan yang menyebabkan tekanan darah tinggi.

5. Saluran Darah
Vitamin C memastikan saluran darah mengembang dengan baik. Pengembangan yang baik ini boleh menjauhkan penyakit atherosclerosis, kolestrol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.

6. Keracunan plumbum.
Vitamin C membantu mengurangkan kadar plumbum dalam darah secara mendadak Keracunan plumbum boleh menyebabkan masalah pembesaran terutama di kalangan kanak-kanak. Ia menyebabkan masalah pembelajaran, IQ lemah dan tumbesaran terbantut di kalangan kanak-kanak. Orang dewasa pula akan mengalami kegagalan buah pinggang dan tekanan darah tinggi jika mempunyai keracunan plumbum.

7. Untuk Kurus
Vitamin C dan jus telah terbukti membantu untuk kurus dan mengekalkan berat yg ideal. Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan diet makanan tinggi Vitamin C dan jadual pemakanan kerana terdapat kajian yang menunjukkan makanan yang kaya dengan Vitamin C boleh mengurangkan berat badan. Para doktor mendapati dengan makan makanan yang kaya vitamin C boleh merendahkan paras insulin, disamping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak, insulin juga digunakan sebagai bahan bakar untuk kurangkan berat badan.

8. Tekanan
Vitamin C membantu badan mengatasi tekanan dengan mengawal paras tekanan, hormon dan kortisol yang tinggi.

9. Katarak
Pupil mata kita memerlukan Vitamin C untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan katarak, di mana kanta mata menjadi lebih legap, menyebabkan penglihatan kabur dan boleh jadi buta dikalangan orang dewasa. Pengambilan dos Vitamin C yang tinggi boleh menghalang katarak dan meningkatkan aliran darah ke mata. 1000mg Vitamin C sehari boleh mengelak katarak dan mempertingkatkan penglihatan.

10. Barah
Ciri-ciri anti-oksida pada Vitamin C boleh melindungi sel dari kemusnahan DNA dan mutasi seterusnya mengelak dari barah untuk jangka masa panjang. Ia meningkatkan fungsi imunisasi badan dan mengelak sel barah tertentu terbentuk dalam badan. Ia juga mengurangkan risiko terkena semua jenis barah termasuk paru-paru, mulut, tekak, kolon/usus, perut dan esofagus. Vitamin C juga membantu penghasilan semula Vitamin E, salah satu antioksida yang sangat baik. Vitamin C bukanlah mengatasi terus sel barah sedia ada, tapi meningkatkan fungsi imun badan supaya boleh melawan sel barah.

11. Tenaga.
Vitamin C mengimbangkan sistem dalam badan dalam apa jua keadaan. Ia membantu penghasilan dopamine dalam sistem saraf serta membantu fungsi adrenal dalam meningkatkan tenaga dalam badan.

12. Sakit Jantung
Vitamin C menghalang terkena sakit jantung dengan menghalang radikal bebal dari merosakkan dinding arteri yang boleh menyebabkan pembentukan plak. Nutrien ini menyebabkan kolestrol teroksida, kolestrol boleh menyebabkan serangan jantung. Masalah tekanan darah tinggi juga boleh diatasi dengan Vitamin C. Vitamin C terbukti adalah cara paling murah menghalang kita dari terkena sakit jantung dan strok.

13. Diabetes
Pesakit diabetes boleh mendapat manfaat dari Vitamin C kerana Vitamin C mengawal paras gula dan mengurangkan risiko diabetes dan memulihkan simptom sedia ada. Makan Vitamin C boleh menghalang glukosa dalam sel badan dan mengawal komplikasi diabetes.

14. Asma
Mereka yang mempunyai Vitamin C yang rendah mempunyai risiko terkena asma. Pengambilan Vitamin C yang tinggi boleh mengurangkan penghasilan histamin dalam badan yang menyebabkan keradangan.

Kebaikan Vitamin C untuk Kulit.

15. Perlindungan dari matahari
Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari.

Vitamin C mengurangkan kesan sun burn disebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan barah kulit untuk jangka masa panjang.

16. Penghasilan Kolagen
Kolagen adalah komponen hydroxyproline dan hydroxylysine, 2 elemen untuk mengikat molekul yang menghasilkan kolagen. Ia menyebabkan kulit jadi gebu dan warna tona pada muka. Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusan dan tidak bermaya. Kolagen melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.

17. Penyembuhan Luka
Badan mennggunakan Vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosak sekaligus menyembuhkan luka dengan lebih cepat. Luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.

18. Melindungi dari perubahan warna kulit
Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan Pyrimidine dimers yang menjadi punca utama penghasilan melanoma(masalah kulit).

Vitamin C juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.

19. Memperbaiki tekstur kulit.
Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin C membantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering. Krim yang mengandungi Vitamin C memperbaiki rupa dan tekstur kulit.

Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.

Kebaikan Vitamin C untuk Rambut.

20. Meningkatkan Pertumbuhan Rambut
Pengambilan Vitamin C yang tidak cukup mungkin menjadi punca utama pelbagai masalah rambut. Kekurangan Vitamin C menyebabkan rambut kering dan bercabang. Ia adalah tanda tidak sihat pada rambut

Radikal bebas terbentuk secara semulajadi apabila badan kita menukarkan makanan kepada glukosa untuk tenaga. Radikal bebas merosakkan rambut dengan menyebabkan ia nipis dan rapuh. Masalah ini akan mengganggu pertumbuhan rambut. Ciri-ciri antioksida pada rambut mengurangkan pembentukan radikal bebas dan mengurangkan kesannya kepada badan. Makan Vitamin C yang cukup dalam diet seharian penting untuk melindungi dari radikal bebas.

Mereka yang mengambil jumlah Vitamin C yang banyak mempunyai rambut yang sihat, kuat dan lebat.

21. Melawan Kelemumur
Folikel rambut sering tersumbat kerana kelemumur dan kulit kering yang mati. Ia boleh merosakkan folikel rambut jika tidak dirawat dan menghalang pertumbuhan rambut. Vitamin C membantu melawan bakteria atas kulit kepala. Ia membuang kelemumur dan membantu rambut untuk tumbuh dengan sihat. Ia juga mengelakkan kulit kepala dari gatal dan kering kerana Vitamin C ada ciri-ciri anti-viral.

22. Mengurangkan Keguguran Rambut.
Vitamin C melawan kekurangan kelenjar adrenal. Ia penting untuk mengurangkan rambut gugur dan menggalakkan lebih banyak rambut tumbuh kerana kelenjar adrenal adalah punca untuk seimbangkan hormon dalam badan.

23. Rambut yang lebat
Vitamin C membantu meningkatkan aliran darah dan menguatkan kapilari dari. Ia penting bagi menghasilkan rambut yang kuat dan lebat.

24. Melawan Masalah Rambut
Vitamin C adalah nutrien penting rawat rambut rosak dan melawan masalah rambut. Pemakanan yang mengandungi Vitamin C yang cukup boleh mengelakkan alopecia dan masalah botak bagi lelaki.

25. Mengelak dari Uban
Vitamin C bukan sahaja mengelakkan rambut gugur malahan membantu untuk mengekalkan warna asal rambut ..

Baobab n Rozelle kaya Vitamin C.
Sedap n menyegarkan ..
Berminat wsp 01126167078.

http://kakcikonlineshop.blogspot.com/2016/04/baobab-instant-drink-naturalproduct.html

Rozel@hibiscus http://kakcikonlineshop.blogspot.com/2015/10/rozelhibiscus.html